Fasa 2 BPR menyusul untuk memanfaatkan jumlah penerima yang sama, merangkumi 3.6 juta isi rumah, 1.0 juta warga emas (bujang/tiada pasangan) dan 3.8 juta individu bujang.
Mereka akan menerima bayaran secara berperingkat mulai 7 Mei 2021 yang melibatkan peruntukan berjumlah RM2.75 bilion.
Peningkatan peruntukan adalah berikutan penambahbaikan kadar bayaran kepada penerima.
Jika dahulunya penerima dari kategori isi rumah menerima RM300 dan penerima bujang menerima RM150, kini pembayaran kepada penerima adalah di antara RM150 hingga RM600, berdasarkan kelayakan setiap penerima.
Semakan status kelulusan BPR boleh dibuat mulai 7 Mei 2021 melalui pautan https://bpr.hasil.gov.my.
Pembayaran ini akan disalurkan seperti berikut:
Bagi memastikan program BPR disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan rayuan akan dibuka mulai 15 hingga 30 Jun 2021.
Dengan adanya proses rayuan ini, sebahagian daripada mereka yang telah ditolak permohonannya masih diberi peluang untuk mengemukakan rayuan berserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh LHDNM.
CARA SEMAKAN PERMOHONAN BPR 2021
1. klik pautan https://bpr.hasil.gov.my dan Log Masuk
2. Masukkan Nombor kad Pengenalan dan klik semak
3. Sahkan Kata kunci dan Masukkan kata laluan, Klik LOG MASUK
4. Klik SEMAK STATUS
5. Status Permohonan anda akan dipaparkan.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi mana-mana talian di bawah:
Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my ;
Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.
0 Comments