GKP Gagal Kredit? Kemas kini sekarang 5 Mei - 19 Mei 2021


Sekiranya status pembayaran GKP Tambahan (PERMAI) adalah Gagal Kredit, sila kemas kini maklumat AKAUN BANK di Menu Kemas Kini Akaun Bank pada Portal GKP ( https://gkp.hasil.gov.my ) mulai 5 Mei 2021 sehingga 19 Mei 2021.

Pembayaran semula bagi status Gagal Kredit GKP Tambahan (PERMAI) akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.


Berikut Cara-Cara Kemaskini Maklumat Akaun Bank di menu kemaskini akaun bank pada Potral Rasmi GKP.








PENTING

Sila pastikan maklumat Akaun bank yang dikemaskini adalah Akaun Bank Peribadi atas nama pemohon GKP (bukan akaun bank perniagaan), berstatus aktif dan berdaftar menggunakan nombor kad pengenalan baharu pemohon. Pastikan juga nombor akaun bank yang dimasukkan adalah nombor akaun yang boleh digunakan bagi tujuan pengkreditan.

Pertanyaan & Maklumat Lanjut
Jika perlu info berkaitan Geran Khas Prihatin (GKP) boleh diajukan kepada LHDN melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 atau 03-8911 1100 (Luar Negara) serta di HASiL Live Chat.


Post a Comment

0 Comments