Jawatan Kosong Pemandu Kenderaan Gred H11 - JAWATAN KOSONG SABAH 2023


Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Sabah Januari tahun 2023.


MAKLUMAT JAWATAN KOSONG

Pemandu Kenderaan Gred H11

Taraf Jawatan : TETAP

Bilangan Kekosongan : DUA PULUH EMPAT (24) JAWATAN

Tempat Kekosongan : SELURUH SABAH

Jadual Gaji : GRED H11:RM1,218.00 – RM2,939.00

Kenaikan Gaji Tahunan : RM 80.00


TUGAS & TANGGUNGJAWAB

-Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas pemanduan kenderaan yang memerlukan lesen memandu daripada Jabatan Pengangkutan Jalan serta menjaga kenderaan/jentera di bawah kelolaannya supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk setiap perjalanan. 

-Antara kenderaan/jentera yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini ialah kereta, van, kenderaan ringan pacuan empat roda, bas, lori, dumper, roller dan traktor pertanian.


SYARAT-SYARAT LANTIKAN

(i) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

(ii) lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan

(iii) berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini. (Gaji permulaan Gred H11 ditetapkan mengikut Kelas Lesen Memandu:

• Lesen D : RM1,264.15

• Lesen E/E1/E2 : RM1,310.30

• Lesen F/H : RM1,356.45

• Lesen G/I : RM1,402.60 dan 

(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN

i. Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE S AH AJ A dengan melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat https : // espans.sabah.gov.my/login/awam.php

ii. Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di dashboard calon.

iii. Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

iv. Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat (04) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

v. Salinan Sijil - sijil Asal (sijil lahir / kad pengenalan pemohon / kad pengenalan kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini H AN YA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

vi. TARIKH AKHIR PERMOHONAN ADALAH PADA 18 JANUARI 2023, JAM 11.59 MALAM


SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SABAH,

Tingkat 3 dan 4, Blok B,

Wisma MUIS,

Peti Surat 10998,

88811 KOTA KINABALU, SABAH, MALAYSIA.

No Telefon: 088-255877 (PABX)

No Faksilimie: 088-239345

Post a Comment

0 Comments